20 August 2009

WEDDING OF THE YEAR (PRESIDEN SKILL)


Ni kira wedding of the year bg member2 untuk Maharaja SKILL. Kenduri ni aku plan ngan Dai n Din., Pak Daq ada hal..Kalo ikut plan asal kami nak p kat KOTA BHARU..Bilik hotel semua dah ditempah tp time tu aku, Pak Daq n Din ada tugasan kerja yang x dapat dielakkan, so kami decide p kat Jerantut.

Kenduri ni hujung bulan 5 tahun lps. Aku berjanji ngan Dai jumpa kat Petronas Gombak pasai nak gerak sekali dalam kul 8..Sori Dai,terlewat sikit..Din pulak tggu kat highway, aku pun dah lupa kat mana tpt tu..din yg jadi tukang tunjuk jalan sbb masa depo tunang dia dah p..So kami sampai kat Pekan Jerantut dalam pkl 11 lbh kalo x silap..Depo mai jemput kami kat depan kedai tayar naik UNSER pakcik dia kot..Adik po n wak tong pun ada sekali..Sementara nk p umah pengantin pompuan, kami lepak kat hostel penginapan Depo..Time tu Dai tunjuk skill ikat sampin Depo.. Dai ikat ala2 cerita
Pasdasdasdasda
P.
RAMLEE (Madu 3)..Hasilnya tgk kat gambaq ni.. Kluang pun datang kat hostel ni..

Dalam pkl 1 lebih kami semua menuju ke rumah pengantin perempuan, Depo naik kereta baru Din (VIVA),-la ni Din dah pakai MITSUBISHI LANCER 2.0.. pengantin baru jadi bos dok kat blkg..Sampai sana masing2 diagih tugas, ada yang tolong bawak hantaran n dll..

Kat sini boleh tgk gambaq depo tgh bersanding n makan beradab..Yg ni aku puji Depo, makan tanpa malu2,brp kali tambah aku x ingat..Man Jawa pun datang...

Semua dah setel kami pun beransur balik..Dai balik awal sikit sbb hari tu dia nak masuk rumah baru.


Yang post : Apit

Kenduri USTAZ

Pertama sekali tahniah pada Pakdaq dalam merealisasikan usaha murni untuk menghimpun alumni PM20A99..Ok, balik pada kenduri ustaz ni, seingat aku cuti sekolah bulan 12 tahun 2007(kalo salah tolong betulkan) di Sg Rokam, Ipoh. Kenduri ni mmg plan asalnya mcm mini reunion geng2 SKILL..Bukan apa sebab setiap kali ada kenduri geng2 SKILL wajib turun, tapi untuk kenduri Ustaz ni aku ngan Pak Daq ja yang berkesempatan. Din ngan Depo ada urusan yang x dapat dielakkan..Dalam posting pertama PakDaq ada maklumkan dia x pasti sama ada ahli SKILL ke tak..Sah..Keahlian Pak Daq, Din n Depo sah..Aku pun sah tapi keahlian yg terakhir.

Kenduri ni kami terus p tggu kat tempat kenduri, kira sapa sampai dulu dia tggu..Mujur tempat tu kira senang juga la nak cari.. Lebih kurang pukul 1 lebih x silap, kami terus menjamu selera..Time tu pengantin agak busy, tgh makan beradab.. Hbs upacara tsbt Ustaz mai kat kami, mcm biasa, USTAZ beraksi mcm sedia kala tp dalam keadaan terkawal..Lps tu baru kami masuk dalam umah untuk sesi bergambar sbg kenang-kenangan..Aku cuma sempat ambik gambaq ni ja.. Kot2 ustaz nak tambah gambaq lg utk tatapan member yg x dpt p.

Hbs program, pakdak p umah sedara dia kat Ipoh, aku pulak p umah member ex MATRADE kat Tambun.

18 August 2009

Apit Menamatkan Zaman Bujang



Pada tanggal (tak ingat tarikh) tahun 2007 (kalau tak silap la) aku dan beberapa geng pm20a1999 telah menghadiri kenduri perkahwinan Apit. Antara geng yang muncul di rumah Apit ialah Din, Ustaz (Rock), Dai dan Depo.

Sebelum kenduri kami (Ustaz, Dai, Depo) sempat ke Padang Besar dan shoping sikit2 (betul ke jalan crita ni). Minta Depo betulkan kalau silap sebab dia sesat masa nak ke sana hari tu, oppppsss.

Ni ada beberapa keping gambar untuk ditatapi. Kalau Apit nak tambah pun boleh.

16 August 2009

Reunion Apit, Din (Bedak), Depo & Pak Daq








Pada September 2007 (tarikh tak ingat), geng yang bergelar SKILL Group (tak pasti lak aku dikira ahli atau tidak) telah membuat 'reunion' dan telah berjumpa di Mersing.

Kenapa Mersing, yang tu mungkin yang lain boleh jawab. Alhamdulillah, pertemuan yang dirancang agak sekian lama ini akhirnya terjadi jugak.

Catatan perjalan ke Mersing (Road to Mersing)

  • Aku (Pak Daq) datang dari Perlis naik bas dan turun di Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam. Sampai dalam jam 5 pagi, pastu Apit terus amik aku dan terus pi umah Din di 'Bandaraya' Muadzam Shah. Sampai umah Din dalam jam 11 pg camtu. Agak cepat gak la sbb bekas pemandu McLaren Mercedes yang bawak.

  • Bertolak dari umah Din ke Mersing dalam jam 12 tgh lebih kurang. Lambat tolak sebab Din ada masak koeteow yang boleh tahan sedapnya...char koeteow F1 pun tak leh lawan

  • Sampai mersing kalau tak silap dalam jam 3 atau 4 petang pastu terus cari tempat tinggal... Awal plan nak dok kat Seri Malaysia tapi bila sampai rasa nak cari resort atau motel kat tepi laut tapi sayangnya semua penuh...akhirnya Seri Malaysia gak tempat pilihan.

  • Depo seperti biasa datang dar JB (asal KB tapi tak ngaku)... Ntah jalan mana dia lalu aku pun tak tau, pastu seperti biasa smpai tak on time...tapi tak pa janji sampai gak dengan keta yang macam F1 tapi jalan macam snails..

Itulah serba sedikit ttg reunion group skill... Keesokannya kami pun pi la ronda Mersing dan sempat mandi di pantai Air Papan..

Disini aku paparkan beberapa keping gambar kenangan yang telah diambil.

Selamat Datang ke Blog PM20 A 1999

Salam,

Untuk makluman blog ini diwujudkan untuk menghimpunkan kembali rakan-rakan yang telah sama menuntut ilmu dalam bidang Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan / PM20) UiTM kemasukan Jun 1999.

Buat masa sekarang, blog ini memaparkan cerita tentang beberapa orang @ group yang dinamakan SKILL Group yang masih berhubungan.

Semoga selepas ini akan ada lagi rakan-rakan yang akan menemui blog ini.

Sebarang persoalan emel ke pm20a1999@gmail.com